PENGUMUMAN

BERITA BAIK KEPADA SEMUA AHLI KARIAH TAMAN PUNCAK PERDANA

-----------------------------------------------------------

MESYUARAT AJK SURAU AL-MUKHLISIN TAMAN PUNCAK PERDANA TELAH BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN MAJLIS KORBAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI.

TARIKH : 20 NOVEMBER 2010 (SABTU)
(SATU BAHAGIAN RM450)

Derma Dana Surau

Pihak AJK Surau memohon sumbangan ikhlas ahli kariah Taman Puncak Perdana untuk membantu tabung kewangan surau. Tuan/puan boleh menyumbang secara tetap pada setiap bulan.Sila hubungi AJK Surau untuk maklumat lanjut.

Kuliah Maghrib

Tarikh : 17 Oktober 2010 (Ahad)
Penceramah : Ustaz Hafiz
Sama-sama imarahkan surau kita.
Jamuan Ringan disediakan.

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Suhaini Wakid

Monday, April 26, 2010


Harap maaf foto kurang jelas
Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, Surau Taman Puncak Perdana sekali lagi berjaya menganjurkan Program Bulanan Kuliah Maghrib bersama Yang Berbahagia Ustaz Suhaini Wakid (JAIS).

Kali ini beliau menyentuh berkaitan keluarga iaitu BAB NIKAH. Walaupun ia satu topik popular di kalangan kaum Adam, ia sebenarnya sangat luas dan memerlukan perbincangan panjang dengan masa terhad. Pada malam itu juga Ustaz Suhaini terpaksa memendekkan sesi ceramah kerana menghadiri satu mesyuarat selepas waktu solat Isyak.

Walau bagaimanapun kuliah diteruskan juga walaupun dengan ruang waktu terbatas. Beberapa perkara sempat disentuh dan dikupas oleh Ustaz Suhaini di antaranya ialah :

1- Syariat besar yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan wajib kita mengetahui dan mempelajarinya iaitu berkaitan dengan Ibadah, Munakahat, Jenayah dan Muamalat. Selain itu juga beliau menyarankan jemaah mempelajari hal berkaitan Ilmu Faraid.

2- Ustaz Suhaini juga mengupas tentang pengertian NIKAH mengikut bahasa dan syarak.

3- Beliau juga menerangkan tentang banyak pahala boleh diperolehi hasil sesuatu pernikahan itu seperti memandang wajah suami/isteri, usik mengusik, bantu membantu dan banyak lagi perkara yang dilakukan pada setiap hari. Malah ketika 'bersama' juga merupakan satu ibadah.

4- Beliau juga menyentuh soal Idah seseorang isteri yang diceraikan atau kematian suami. Idah bagi isteri yang masih ada haid ialah 3 kali suci. Bagi yang hamil pula selepas melahirkan anak dan kematian suami pula tempoh 4 bulan 10 hari.

Setiap kali Ustaz Suhaini menyampaikan kuliahnya, para jemaah tidak kering gusi dengan pelbagai isu dan pengisian yang diselitkan lawak jenaka. Walaupun begitu ia tegas dan perlu diambil berat oleh sidang pendengar.

Sidang jemaah juga disoal dengan pelbagai soalan bagi buka minda dan menguji pengetahuan sedia ada. Oleh itu, amatlah rugi jika ahli kariah di Taman Puncak Perdana tidak mengambil peluang hadir bersama-sama pada kuliah kali ini dan akan datang.

0 comments:

Post a Comment

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP