Kelebihan Mendirikan Solat
Friday, April 2, 2010
Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh para sahabat mengenai kelebihan mendirikan solat sama ada solat lima waktu atau pun solat-solat sunat lainnya. Antara hadis tersebut ialah :
1- Hadis 1
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu yang didirikan antara jumaat minggu ini dan Jumaat akan datang adalah penghapus segala dosa. Ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar."
2- Hadis 2
Ummu Habibah atau pun namanya Ramlah Binti Abu Sufyan meriwayatkan, "AKu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Muslim yang mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat sehari, dibinakan kepadanya rumah di dalam syurga."
3- Hadis 3
Abu Hurairah meriwayatkan, "Rasulullah s.a.w bersabda,' Seorang munafik merasakan solat Isyak dan Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilaksanakan. Namun, apabila mereka tahu betapa besarnya pahala apabila melakukan kedua-duanya, pasti mereka menunaikannya secara berkumpulan walaupun dalam keadaan yang terlalu sukar."
4- Hadis 4
Rasulullah s.a.w bersabda,"Solat berjemaah itu lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 darjat."
5- Hadis 5
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekumpulan malaikat berganti-ganti meluangkan masa untuk bersama kamu semua. Ada yang bersama-sama kamu pada waktu malam. Manakala sekumpulan malaikat yang lain akan bersama-sama kamu pada waktu siang. Mereka berkumpul pada waktu solat Subuh dan Asar. Kemudian malaikat yang bermalam bersama-sama kamu naik ke langit. Allah Maha Mengetahui bertanya kepada mereka, 'Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu semasa kamu semua meninggalkan mereka? Para malaikat menjawab,'kami menemui mereka semasa mereka sedang menunaikan solat, dan apabila kami hendak pergi, mereka juga sedang mendirikan solat."
6-Hadis 6
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang solat pada saf yang pertama."
7- Hadis 7
Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesiapa berwuduk padahal dia masih ada wuduk, dicatatkan untuknya sepuluh kebaikan."
8-Hadis 8
Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir terang-terangan."
Masih banyak lagi contoh hadis lain. Walau apa pun, kita sudah belajar dan sedar tentang kewajipan mengerjakan solat dan sentiasa berusaha menambah baik ilmu terutama dalam bacaan Al-Quran. Semoga bacaan dalam solat kita tiada lagi kesilapan atau kesalahan bacaan tajwidnya.

0 comments:
Post a Comment