PENGUMUMAN

BERITA BAIK KEPADA SEMUA AHLI KARIAH TAMAN PUNCAK PERDANA

-----------------------------------------------------------

MESYUARAT AJK SURAU AL-MUKHLISIN TAMAN PUNCAK PERDANA TELAH BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN MAJLIS KORBAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI.

TARIKH : 20 NOVEMBER 2010 (SABTU)
(SATU BAHAGIAN RM450)

Derma Dana Surau

Pihak AJK Surau memohon sumbangan ikhlas ahli kariah Taman Puncak Perdana untuk membantu tabung kewangan surau. Tuan/puan boleh menyumbang secara tetap pada setiap bulan.Sila hubungi AJK Surau untuk maklumat lanjut.

Kuliah Maghrib

Tarikh : 17 Oktober 2010 (Ahad)
Penceramah : Ustaz Hafiz
Sama-sama imarahkan surau kita.
Jamuan Ringan disediakan.

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Suhaini Wakid

Monday, April 26, 2010


Harap maaf foto kurang jelas
Alhamdulillah dengan keizinan-Nya, Surau Taman Puncak Perdana sekali lagi berjaya menganjurkan Program Bulanan Kuliah Maghrib bersama Yang Berbahagia Ustaz Suhaini Wakid (JAIS).

Kali ini beliau menyentuh berkaitan keluarga iaitu BAB NIKAH. Walaupun ia satu topik popular di kalangan kaum Adam, ia sebenarnya sangat luas dan memerlukan perbincangan panjang dengan masa terhad. Pada malam itu juga Ustaz Suhaini terpaksa memendekkan sesi ceramah kerana menghadiri satu mesyuarat selepas waktu solat Isyak.

Walau bagaimanapun kuliah diteruskan juga walaupun dengan ruang waktu terbatas. Beberapa perkara sempat disentuh dan dikupas oleh Ustaz Suhaini di antaranya ialah :

1- Syariat besar yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan wajib kita mengetahui dan mempelajarinya iaitu berkaitan dengan Ibadah, Munakahat, Jenayah dan Muamalat. Selain itu juga beliau menyarankan jemaah mempelajari hal berkaitan Ilmu Faraid.

2- Ustaz Suhaini juga mengupas tentang pengertian NIKAH mengikut bahasa dan syarak.

3- Beliau juga menerangkan tentang banyak pahala boleh diperolehi hasil sesuatu pernikahan itu seperti memandang wajah suami/isteri, usik mengusik, bantu membantu dan banyak lagi perkara yang dilakukan pada setiap hari. Malah ketika 'bersama' juga merupakan satu ibadah.

4- Beliau juga menyentuh soal Idah seseorang isteri yang diceraikan atau kematian suami. Idah bagi isteri yang masih ada haid ialah 3 kali suci. Bagi yang hamil pula selepas melahirkan anak dan kematian suami pula tempoh 4 bulan 10 hari.

Setiap kali Ustaz Suhaini menyampaikan kuliahnya, para jemaah tidak kering gusi dengan pelbagai isu dan pengisian yang diselitkan lawak jenaka. Walaupun begitu ia tegas dan perlu diambil berat oleh sidang pendengar.

Sidang jemaah juga disoal dengan pelbagai soalan bagi buka minda dan menguji pengetahuan sedia ada. Oleh itu, amatlah rugi jika ahli kariah di Taman Puncak Perdana tidak mengambil peluang hadir bersama-sama pada kuliah kali ini dan akan datang.

Read more...

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Hafizullah

Monday, April 19, 2010


Alhamdulillah, Surau Taman Puncak Perdana sudah selesai Program Kuliah Maghrib bersama penceramah undangan iaitu Ustaz Hafizullah. Ini merupakan kuliah bulanan membicarakan Kitab Penawar Hati.

Tajuk : Lidah

Di antara kupasan ceramah beliau ialah :

1- KIta mesti elakkan diri daripada membuat sangkaan terhadap orang lain.

2- Kita dikarang cari kelemahan orang lain dan uar-uarkan kepada khalayak ramai.

3- Jangan sesekali MENGUMPAT. Perumpaannya ialah kita memakan daging saudari sendiri yang telah mati. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana seseorang yang diumpat itu akan menerima akibat daripada perbuatan pengumpat. Kemaafan hanya boleh dipohon daripada manga umpat.

4- Rasulullah s.a.w melarang kita mengumpat kerana dosanya lebih berat daripada berzina.

5- Syafaat Rasulullah s.a.w juga tidak mampu membantu timbangan amal seseorang di Padang Mahsyar nanti.

6- Kebanyakan masyarakat sekarang mengambil mudah soal berjanji. Jika kita mungkir janji, kita akan tergolong ke dalam orang-orang munafik.

Read more...

Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Hajar Opir

Monday, April 12, 2010


Alhamdulillah, Surau Puncak Perdana sekali lagi berjaya mengadakan satu majlis ilmu iaitu Kuliah Maghrib Bulanan bersama Yang Berbahagia Ustaz Hajar Opir pada 11 April 2010, beliau adalah salah seorang pendakwah aktif sekitar Shah Alam ini. Beliau amat dikenali oleh penduduk di sekitar Taman Puncak Perdana.

Tajuk Kuliah Maghrib pada kali ini ialah Cinta Kepada Allah s.w.t. Ustaz Hajar seperti biasa akan mengupas isi ceramah dengan bantuan alat multi media bagi memudahkan lagi pemahaman pendengar. Oleh itu, amatlah rugi jika kita ketinggalan mengikuti kuliah-kuliah yang disampaikan oleh beliau.

Di antara catatan yang dipetik daripada kuliah Ustaz Hajar ialah :

1- Kata Said Hawa :" Sesiapa mencintai selain Allah maka sebenarnya ia menzahirkan kebodohan kerana tidak mengenal Allah." Sebagai panduan kita boleh merujuk Surah Al-Mukminun: 80 dan Al-Nur :45.

2- Jika seseorang itu kenal Allah, maka segala amalan atau ibadah yang dirasakan berat pada sebelumnya menjadi amat ringan. Contoh mudah ialah apabila masuk waktu Subuh, kita sudah siap sedia untuk turun ke surau/masjid untuk solat berjemaah. Kita juga berjaya menangkis hasutan iblis/syaitan.

3- Ada Lima sebab mengapa cinta kepada Allah s.w.t :
a- Tiada makhluk yang berdiri dengan sendirinya dan dengan kekuatan sendiri.

- Allah Maha Mencipta, Maha Menetapkan dan Maha Mengekalkan.
- Semua makhluk bergantung dan berharap kepada Allah s.w.t. Boleh rujuk Surah Al-Rom : 20-24.

- Kata Hassan al-Bishri :" Barangsiapa yang bermakrifat kepada Tuhan-Nya, maka ia tentu mencintai-Nya. Dan barangsiapa yang mencintai dunia, tentu ia bersikap zuhud sewaktu di dunia."

Kuliah bersambung...

Keajaiban ciptaan Allah s.w.t
Tayangan video
Khusyuk...
Tekun dan Fokus...
Sebahagian ahli kariah yang hadir

Sebaik sahaja usai solat Isya', Encik Rofi ( Setiausaha )telah menjemput hadirin dan hadirat ke rumah beliau untuk doa selamat dan jamuan. Terima kasih tidak terhingga buat beliau.

Read more...

Kuliah Maghrib oleh Ustaz Nazri

Monday, April 5, 2010


Alhamdulillah, Kuliah Maghrib yang diadakan pada 4 April 2010 telah berjaya disempurnakan. Penceramah undangan kali ini ialah Yang Berbahagia Ustaz Nazri. Beliau pernah diundang berceramah buat pertama kalinya di surau ini semasa Sambutan Maulidur Rasul baru-baru ini.

Tajuk kuliah beliau kali ini ialah Persoalan Solat atau Fiqh Solat. Banyak perkara disentuh oleh beliau tentang kesilapan atau perkara-perkara yang tidak diketahui oleh kebanyakan umat Islam tentang ibadah solat.

Perbezaan di dalam ibadah solat mengikut empat mazhab perlu diambil berat oleh umat Islam. Kita wajib berpegang kepada salah satu mazhab sahaja. Kita juga tidak boleh terus kepada Rasulullah s.a.w tanpa berdasarkan pandangan mazhab yang kita pegang.

Perbezaan adalah sesuatu yang dibolehkan kecuali melibatkan perkara-perkara rukun solat. Oleh itu, kita kena berhati-hati. Yang Berbahagia ustaz juga menyentuh kepentingan solat berjemaah di masjid atau surau. Gandaan 27 darjat adalah suatu hadiah tidak ternilai kepada umat Islam. Oleh itu, bagi kaum Adam jangan malu-malu untuk solat berjemaah di surau/masjid.

Kuliah Maghrib yang dikelolakan Ustaz Nazri ini akan diadakan secara tetap setiap hari Ahad minggu pertama pada setiap bulan. Insya-Allah beliau akan datang lagi pada Ahad minggu pertama bulan Mei akan datang.

Di bawah ini dipamirkan beberapa foto pilihan semasa program kuliah ini diadakan.






Read more...

Kelebihan Mendirikan Solat

Friday, April 2, 2010

Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh para sahabat mengenai kelebihan mendirikan solat sama ada solat lima waktu atau pun solat-solat sunat lainnya. Antara hadis tersebut ialah :

1- Hadis 1
Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda, "Solat lima waktu yang didirikan antara jumaat minggu ini dan Jumaat akan datang adalah penghapus segala dosa. Ia berlaku selama tidak dilakukan dosa-dosa besar."

2- Hadis 2
Ummu Habibah atau pun namanya Ramlah Binti Abu Sufyan meriwayatkan, "AKu mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Muslim yang mengerjakan solat sunat sebanyak 12 rakaat sehari, dibinakan kepadanya rumah di dalam syurga."

3- Hadis 3
Abu Hurairah meriwayatkan, "Rasulullah s.a.w bersabda,' Seorang munafik merasakan solat Isyak dan Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilaksanakan. Namun, apabila mereka tahu betapa besarnya pahala apabila melakukan kedua-duanya, pasti mereka menunaikannya secara berkumpulan walaupun dalam keadaan yang terlalu sukar."

4- Hadis 4
Rasulullah s.a.w bersabda,"Solat berjemaah itu lebih afdal daripada solat bersendirian dengan 27 darjat."

5- Hadis 5
Abu Hurairah meriwayatkan, Rasulullah s.a.w bersabda, "Sekumpulan malaikat berganti-ganti meluangkan masa untuk bersama kamu semua. Ada yang bersama-sama kamu pada waktu malam. Manakala sekumpulan malaikat yang lain akan bersama-sama kamu pada waktu siang. Mereka berkumpul pada waktu solat Subuh dan Asar. Kemudian malaikat yang bermalam bersama-sama kamu naik ke langit. Allah Maha Mengetahui bertanya kepada mereka, 'Bagaimanakah keadaan hamba-hambaKu semasa kamu semua meninggalkan mereka? Para malaikat menjawab,'kami menemui mereka semasa mereka sedang menunaikan solat, dan apabila kami hendak pergi, mereka juga sedang mendirikan solat."

6-Hadis 6
Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah memberikan rahmat dan malaikat-Nya pula mendoakan bagi orang-orang yang solat pada saf yang pertama."

7- Hadis 7
Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesiapa berwuduk padahal dia masih ada wuduk, dicatatkan untuknya sepuluh kebaikan."

8-Hadis 8
Rasulullah s.a.w bersabda,"Sesiapa meninggalkan solat dengan sengaja, maka dia kafir terang-terangan."

Masih banyak lagi contoh hadis lain. Walau apa pun, kita sudah belajar dan sedar tentang kewajipan mengerjakan solat dan sentiasa berusaha menambah baik ilmu terutama dalam bacaan Al-Quran. Semoga bacaan dalam solat kita tiada lagi kesilapan atau kesalahan bacaan tajwidnya.

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP