PENGUMUMAN

BERITA BAIK KEPADA SEMUA AHLI KARIAH TAMAN PUNCAK PERDANA

-----------------------------------------------------------

MESYUARAT AJK SURAU AL-MUKHLISIN TAMAN PUNCAK PERDANA TELAH BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN MAJLIS KORBAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI.

TARIKH : 20 NOVEMBER 2010 (SABTU)
(SATU BAHAGIAN RM450)

Derma Dana Surau

Pihak AJK Surau memohon sumbangan ikhlas ahli kariah Taman Puncak Perdana untuk membantu tabung kewangan surau. Tuan/puan boleh menyumbang secara tetap pada setiap bulan.Sila hubungi AJK Surau untuk maklumat lanjut.

Kuliah Maghrib

Tarikh : 17 Oktober 2010 (Ahad)
Penceramah : Ustaz Hafiz
Sama-sama imarahkan surau kita.
Jamuan Ringan disediakan.

Kuliah Maghrib Alam Jin

Monday, June 7, 2010


"Perbuatan syirik ini semakin menular di dalam masyarakat."

"Ramai terlibat secara sedar dan tidak sedar."

"Kita jangan terlalu percayakan seseorang sebelum mengenali latar belakang seseorang pengamal perubatan."

"Carilah pengamal perubatan Islam. Elakkan bersekongkol dengan manusia yang menggunakan kaedah rawatan selain daripada Islam."

"Jangan keliru dengan bacaan ayat-ayat suci pada permulaan rawatan."

Banyak pesanan serta nasihat dan panduan yang diberikan oleh Ustaz Nazri pada program Kuliah Maghrib yang diadakan pada 6 Jun 2010 di Surau Taman Puncak Perdana. Walaupun kehadiran jemaah berkurangan disebabkan musim cuti persekolahan, alhamdulillah majlis dapat dijalankan dengan jayanya.

Tajuk pada minggu ini ialah Bagaimana cara yang digunakan oleh pengamal perubatan yang menggunakan khidmat jin/iblis.

Hukumnya jelas adalah HARAM. Oleh itu, kita sebagai pengguna harus peka dan tidak terlibat sama dengan perbiuatan syirik ini.

Ustaz Nazri memberikan sedikit panduan tentang ciri-ciri pengamal perubatan yang menggunakan kaedah rawatan bantuan jin/iblis.

1- Minta nama pesakit dan nama ibu pesakit.
2- Minta baju atau pakaian pesakit.
3- Sesi menurun/bercakap sesuatu yang tidak difahami.
4- Mereka tahu hajat tanpa diberitahu.

Ustaz Nazri mendedahkan LAPAN kaedah yang dilakukan oleh pengamal perubatan ( Tok Bomoh ) ini. Pada minggu ini beliau sempat menceritakan LIMA kaedah sahaja.

1- Kaedah Pemujaan Berdasarkan Sumpah Setia.
- biasanya masuk sebuah bilik khas.
- nyalakan bara api.
- tabur bahan kimia di atas bara api.
- baca ucapan memuji syaitan.

2- Kaedah Penyembelihan Binatang
- pilih binatang berwarna hitam.
- disembelih tanpa menyebut nama Allah.

3- Kaedah Menghina Naskhah Al Quran
- diikat pada kaki dan dicelup naskhah di tempat najis.
- duduk di atas naskhah Al-Quran

4- Kaedah Penggunaan Najis.
- guna darah haid dan ditulis ayat-ayat Al- Quran
- mentera panggil jin/iblis
- banyak lagi jenis-jenis najis digunakan.

5- Kaedah Memesongkan Bacaan Ayat Al-Quran
- tulis terbalik
- baca terbalik
- tujuan hina Al Quran
- jika seseorang itu hina Al Quran, syaitan akan suka dan datang bantu.

Ustaz juga beri panduan untuk dijadikan amalan bagi mengatasi anak-anak yang nakal:

a- Baca ayat 69, Surah Al Anbia' ( tiup diubun-ubun anak atau dibaca di dalam air dan diberi minum )

Amalan untuk anak pandai dalam pelajaran:

a- Baca ayat 79, Surah Al-Anbia'.

Sekian, wallahualam buat masa ini.

Read more...

Di antara Taman-Taman Syurga

Sunday, June 6, 2010


Ustaz Suhaini Wakid


Ustaz Nazri

Alhamdulillah sebagai mana dijadualkan Ustaz Nazri hadir untuk menyampaikan Kuliah Maghrib pada 23 Mei 2010 berkaitan Fiqh Solat. Beliau menyentuh tentang kepentingan NIAT yang perlu ada di dalam hati semasa berdiri dan takbiratul ihram.

Beliau juga memberitahu bahawa jika seseorang imam tersilap niat solat. Contoh sepatutnya solat Isyak tetapi imam terniat solat Maghrib. Seseorang imam itu boleh niat semula dalam keadaan berdiri tanpa menyebut takbiratul ihram dan tidak perlu angkat tangan takbiratul ihram.

Beliau juga menegur sesetengah orang berdiri agak jauh daripada makmum di sebelahnya semasa solat berjemaah. Sepatutnya perlu dirapatkan dan tiada ruang di antara setiap makmum.

Giliran Ustaz Suhaini Wakid pula datang menyampaikan Kuliah Maghrib pada 30 Mei 2010. Beliau seperti biasa mengulas dan berkongsi ilmu tentang bab perkahwinan.

Kali ini beliau banyak menyentuh tentang hikmah sesebuah perkahwinan iaitu :

1- Nabi Muhammad s.a.w umatnya tidak berkahwin kerana baginda suka jika umatnya bertambah ramai.

2- Ia akan mewujudkan ketenangan jiwa dan rohani.

3- Ia juga dapat menjaga akhlak seseorang runtuh dan terpesong daripada ajaran-Nya.

4- Ia juga dapat menjaga kesejahteraan keturunan.

5- Meluaskan medan persaudaraan.

Ustaz Suhaini juga menekankan kepentingan suami isteri bertolak ansur dan tidak mengharungi sesuatu masalah dalam pekahwinan dengan pergaduhan hingga membawa ke gerbang penceraian.

Read more...

Datang Sebelum Dihantar

Saturday, June 5, 2010

"Orang ramai tetapi kurang," beritahu salah seorang sahabat.

"Maksud awak?" Saya masih tidak faham.

"Maksud sebuah hadis Rasulullah s.a.w ialah sesebuah kampung atau desa yang dihuni oleh tiga orang penduduk yang mana di kampung atau desa itu tidak dirikan solat jemaah, mereka pasti akan dikalahkan oleh syaitan.Maka wajib di atas kamu mengerjakan solat secara berjemaah kerana serigala akan menerkam kambing yang berada jauh dari kumpulannya atau kambing-kambing yang lain," kata sahabat tentang maksud sebuah hadis Rasulullah s.a.w.

"Oh, barulah saya faham,"

"Maksud tuan, di sesebuah kawasan perumahan yang dihuni ramai orang Islam tetapi hanya sebilangan kecil sahaja datang berjemaah di surau atau masjid?" Saya mulai faham tentang keluhan sahabat ini.

"Tepat sekali," balas sahabat ini pantas.

"Kebanyakannya pula hanya datang ke surau atau masjid apabila mahukan sesuatu," jelas sahabat ini lagi.

Saya berkerut dahi. "Apa yang ada di surau atau masjid?" Soal saya pula.

"Orang-orang yang mampu melaksanakan hajat mereka," Sahabat masih berkiasan.

"Maksud tuan?"

"Mereka tidak nampak tentang kepentingan solat berjemaah itu dari sudut pandangan Islam keseluruhannya.Mereka hanya melihat dari sudut kepentingan diri sendiri sahaja. Contohnya, apabila ingin adakan kenduri, solat hajat, bacaan doa selamat atau tahlil dan lain-lain lagi baharulah hadirkan diri. Jika tidak, bangunan surau itu hanya dipandang sebelah mata sahaja." Sahabat ini berterus-terang.

"Padahal hikmah solat berjemaah ini sangat besar. Dari aspek kehidupan dan sosial, solat berjemaah banyak memberi faedah, contohnya ia menjadi medan untuk berkumpul tanpa mengira usia dan pangkat atau kedudukan seseorang. Selain itu, kita dapat berkenal mesra, bertanya khabar, bertukar pendapat dan sebagainya." Sahabat terus memberikan pandangannya.

"Nampaknya ganjaran pahala sebagaimana Hadis Rasulullah s.a.w bermaksud " dari Umar r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda," Solat berjemaah itu lebih utama daripada solat individu sebanyak dua puluh tujuh kali ganda (darjat) tidak memberi kesan kepada masyarakat kita." Gliiran saya pula memberikan pendapat.

"Tepat sekali," ujar sahabat menyokong pendapat saya.

"Tidak mengapa, AJK surau terus adakan aktiviti seperti biasa dan perhebatkan lagi usaha menarik masyarakat untuk datang mengimarahkan surau. Selebihnya kita berdoa kepada Allah," ujar sahabat.

"Insya-Allah. Semoga masyarakat kita semakin sedar tentang kepentingan solat berjemaah,"

"Semoga mereka tahu bahawa orang-orang Yahudi amat takut jika jumlah umat Islam datang berjemaah solat Subuh ramai ebagaimana solat Jumaat," sahabat memberikan harapan.

"Insya-Allah."

Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP