Kuliah Maghrib Bersama Ustaz Hajar ( 9 Mei 2010 )
Thursday, May 13, 2010
Ustaz Hajar memulakan kuliah dengan membaca Surah al-Mukminun, ayat 1 bermaksud "Sesungguhnya beruntunglah orang yang beriman." Betapa ramai umat manusia dewasa ini mengaku beriman tetapi cara hidup mereka langsung tidak menggambarkan rasa takut kepada perintah atau larangan-Nya. Oleh itu, kita perlu sedar tentang balasan nikmat kepada orang-orang yang taat kepada perintah-Nya.
Ustaz Hajar mengajak ahli jemaah melihat semula " Di antara Raja' dan Angan-Angan."
Al-Raja' bermaksud mengharapkan rahmat Allah. ( al-Isra':57 ). Mengikut Imam al-Ghazali al-Raja' ini memerlukan amal dan tawakal.
Lawan al-Raja' ini ialah al-Tamanni ( angan-angan ). Tiada amal dan tawakal.
Telah disepakai bahawa al-Raja' itu tidak benar melainkan bersamanya amalan dan ketaatan.( al-Kahfi : 110 )
TIGA jenis pengharapan :
1- Ketaatan yang diharapkan darinya balasan keredhaan dan pahala. ( suarah Saf: 10-13 )
2- Taubat yang diharapkan darinya pengampunan. ( KIsah Nabi Adam a.s )
3- Keingkaran atau maksiat dan diharapkan darinya rahmat dan belas kasihan.

Read more...