Alhamdulillah Program Sambutan Maulidur Rasul di Surau Taman Puncak Perdana berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Sokongan dan dokongan penduduk Taman Puncak Perdana menjadi nadi kekuatan semangat gotong royong untuk menjayakan program ini.
Penceramah jemputan ialah Ustaz Nazri Bin Mohd Isa yang merupakan seorang penceramah bebas.
Banyak informasi atau maklumat yang disampaikan oleh beliau. Antara yang boleh saya catatkan di sini untuk makluman ialah:
1- Kita perlu memahami betul-betul tentang Sunnah Nabi.
2- Kita perlu amalkan sebanyak mana mungkin sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
3- Beberapa ayat Al-Quran disarankan oleh beliau untuk panduan:
a- Jika anak yang sukar mendengar kata, sila baca ayat 69 (Surah Al-Anbia' ) atau Surah Thoha, ayat 1-5.
b- Jika inginkan kebahagiaan rumah tangga, bolehlah diamalkan membaca ayat 102 ( Surah Al-Baqarah ).
c- Bagi anak cerdik/pandai atau mudah faham belajar, boleh diamalkan ayat 79 (Surah Al-Anbia' ) pada air minuman dan diberi kepada anak untuk minum.
d- Elak gangguan semasa tidur, boleh dibacakan 3 Qul pada kedua-dua tapak tangan dan sapukan pada keseluruhan badan.
4- Ustaz Nazri menyarankan kita sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran dan mengajar anak-anak tentang Al-Quran.
Pihak AJK Surau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas penglibatan semua. Semoga taman perumahan kita akan terus disinari cahaya kerahmatan Ilahi.
Read more...