PENGUMUMAN

BERITA BAIK KEPADA SEMUA AHLI KARIAH TAMAN PUNCAK PERDANA

-----------------------------------------------------------

MESYUARAT AJK SURAU AL-MUKHLISIN TAMAN PUNCAK PERDANA TELAH BERSETUJU UNTUK MENGADAKAN MAJLIS KORBAN SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA PADA TAHUN INI.

TARIKH : 20 NOVEMBER 2010 (SABTU)
(SATU BAHAGIAN RM450)

Derma Dana Surau

Pihak AJK Surau memohon sumbangan ikhlas ahli kariah Taman Puncak Perdana untuk membantu tabung kewangan surau. Tuan/puan boleh menyumbang secara tetap pada setiap bulan.Sila hubungi AJK Surau untuk maklumat lanjut.

Kuliah Maghrib

Tarikh : 17 Oktober 2010 (Ahad)
Penceramah : Ustaz Hafiz
Sama-sama imarahkan surau kita.
Jamuan Ringan disediakan.

Fadhilat Solat Berjemaah

Sunday, February 28, 2010

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Dan tidaklah berkumpul satu kaum di satu rumah dari rumah-rumah Allah sambil membaca kitab Allah (al-Quran) dan mempelajarinya bersama di antara mereka kecuali turunlah ke atas mereka pertolongan, mereka dilimpahi rahmat, malaikat menaunginya dan Allah menyebut namamereka dikalangan orang yang ada di sisinya. Sesiapa yang lambat amalnya maka tidak disegerakan dekatnya kepada Allah”.


Sungguhpun begitu hebat kebaikan solat berjemaah namun sebahagian umat Islam pula tidak mengambil berat dengan azan yang dikumandangkan oleh bilal, biar sekuat mana pembesar suara sampai ke telinga, biar secantik mana masjid dibina, biar masjid berkarpet tebal dan berhawa dingin, namun jemaahnya hanya dalam lingkungan lima puluhan atau ratusan orang berbanding dengan jumlah penduduk taman ribuan orang, sedangkan masjid boleh menampung ribuan jemaah dengan kos pembinaan masjid jutaaan ringgit. Namun anak-anak kita, jiran tetangga kita, ahli masyarakat kita sebahagiannya masih liar dengan masjid, masih seronok berlonggok di simpang-simpang jalan, masih selesa di padang-padang permainan, masih enak menghirup kopi di kedai-kedai berhampiran, masih leka berurus niaga di pasar-pasar malam, masih leka denagn menggilapkan kereta, atau masih leka dengan gurauan anak dan cucu yang tercinta atau masih ternganga dengan siaran television, sekalipun masjid hanya dipisahkan dengan pagarnya sahaja.

Read more...

Foto Surau


Surau Taman Puncak Perdana,
Seksyen U10, Taman Puncak Perdana,
Shah Alam.

Read more...

Salam Ukhwah!


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Salam Ukhwah daripada AJK Surau Puncak Perdana, Seksyen U10/19, Taman Puncak Perdana, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Blog ini masih dalam pembinaan. Semoga usaha ini dipermudahkan sebagai satu medium bagi pihak AJK berhubung dengan masyarakat setempat.

Tuan/puan boleh kunjungi blog ini jika ingin mengetahui aktiviti atau program semasa surau.

Kami juga amat mengalu-alukan kehadiran tuan/puan bagi mengimarahkan lagi Surau Puncak Perdana. Semoga sinar Islam terus bercahaya di Taman Puncak Perdana. Di samping itu juga kami amat berbesar hati jika ada apa-apa cadangan untuk menjadikan surau kita ini bukan sahaja tempat ibadah solat semata-mata tetapi pusat perkembangan ilmu di taman perumahan ini.

Entri selanjutnya nanti, kami akan memaparkan sejarah penubuhan surau ini dan penat jerih ahli kariah terdahulu memastikan Taman Puncak Perdana ini memiliki sebuah 'Rumah Allah'. Kami juga akan memaklumkan barisan ahli jawatankuasa surau bagi tahun 2010 ini.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini dan didoakan tuan/puan dirahmati Allah Subhanawataala.


Read more...

  © Blogger template The Professional Template II by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP